Teman,
Apa yang berlaku hari ini
Telah mengajarku
Makna sebenar erti sebuah persahabatan
Kawan,
Episod hari ini
Telah membuka mataku
Betapa perlunya kita peka
Hati dan perasaan seseorang
Kerana di situ letaknya nilai persahatan
kita
Jika serpih dan sompek nilai itu
Maka kelak dikuatiri
Akan merobek silaturrahim ini
Sahabat,
Rasanya sudah lebih setahun dirimu kukenali
Namun bagaikan
Baru semalam aku mengenalimu
Masih terlalu jauh,
Untuk kuselam dasar hatimu
Kerana aku mengerti
Bukan semudah itu
Untuk aku menempatkan diriku
Di sudut kalbumu
Rakan karibku,
Sebagai manusia biasa
Aku tidak bisa lari dari kesilapan
Aku tidak bisa lari dari kealpaan
Pun begitu,
Jika tuturku pernah menyakitimu
Jika bicaraku pernah membuatkan kau
terguris
Maafkan aku
Ya rabbul jalil
Tiada lain yang kupinta
Hanya rahmat dan keberkatan- Mu
tulus kumohon agar
Kau berkatilah
Persahabatan kami ini
Ya rahim,
Dengan limpah dan kasih sayang-Mu
Ampunilah insan yang ku panggil sahabat...


No comments:
Post a Comment